Monday, January 27, 2014

bekas botol air kait

Bila dah mula mengait, segala aktiviti yang lain aku tinggalkan.
Novel aku simpan dulu.

Projek baru bila tangan terlebih kreatif kononnya.
Bekas botol air.
Pada mulanya beku juga otak nak olah untuk jadikan bekas air.

Akhirnya siap yang pertama......itupun aku tak gunakan. Adik ipar yang dapat

Bila dah siap satu semangatnya berkobar kobar nak buat lagi.
Ramai kawan office yang oder. So aku buat aje warna ikut customer.

Antara koleksi bekas botol air yang berjaya aku siapkan












Tuesday, January 21, 2014

Bullet bag

Hari nie siap delivery bag ke Pasir Gudang. Terina kasih Md Shah kerana sudi hantarkan bag aje tau........jangan fikir yang lain.

Sebelum aku kemaruk mengait hand bag, projek kedua selepas hand bag aku buat porch bag....

Bila dah siap porch bag nie sang suami tercinta buat special request.
" Yang kalau buat bag untuk isi peluru boleh tak?". Aku kata ok aku try.
Tapi pening juga nak olah. 

Benang terbiar ada so buat aje apa yang termampu. Hasilnya buat Sang Suami tersenyum

Selepas tu takde lagi uncang lain yang dia guna hanya bullet bag nie aje. Sehingga semasa Iskandar Shoot Level 3 2013,shooter dari Philipine tanya beli kat mana. Bangga aku rasa bila Sang Suami tercinta kata "my wife do it for me".

Lepas tu ramai member dia yanf nak oder tapi aku tak layan. Aku hanya buat 3 pcs bullet bag nie. Warna oren untuk En. Little Murai dan colouring untuk Pn. Masniza

Monday, January 20, 2014

hand bag kait dwi warna

Aku dah semakin rajin menulis dalam blog nie.......Tapi banyak yg kena belajar lagi.

Aktiviti mengait masih aku teruskan.Banyak juga handbag yang telah siap aku kait.Aku dah melangkah 1 step ahead.

Penggunaan benang aku gabungkan dua warna. Seronok bermain dengan warna tapi kena kreatif. Aku buat ikut naluri biar orang nak kata apa yang penting aku puas.......




Semua hand bag nie dah ada tuannya.
Latest yang berjaya aku kait 2 one time.......esok nak hantar kat tuannya

Lepas nie aku akan updatekan bullet bag punya cerita

Saturday, January 18, 2014

Aku mula mengait kembali setelah menampakkan hasil.
Dari patern yang sedia ada kepada mengikut naluri sendiri.
Kepuasannya tak dapat digambarkan.

Antara koleksi hand bag kaitku....

















Monday, January 13, 2014

Dah terlalu lama aku tinggalkan dunia mengait.Lebih 10 tahun. Bila anak dah besar minat tu datang semula.Bila melihat benang kait yg terbengkalai mula terasa sayang.

Aidil Adha 2012 bermula segalanya.Pulang daru gotong royong korban dari surau tamanku aku cuba mengait semula. Kekoknya hanya Allah saja yang tahu.

Habis semua buku panduan mengait aku selongkar.

Hasilnya setelah lebih sebulan aku bertungkuslumus.