Friday, February 28, 2014

beg kait oh...beg kait

Bila dah siap tempahan yang lama.....banyak pula tempahan yang baru muncul.Aku terpaksa buat listing FIFO

Aku kena mulakan projek beg untuk Mahani secepat mungkin sebelum mood rajinku hilang entah kemana.
Benang telah habis so langkah pertama cari benang. Banyak stock benang yang aku beli hampir RM100 juga aku belanjakan
Warna pink dan purple...........

Walaupun perasaan malas tu ada tapi aky abaikan aje.Setkan dalam minda oder untuk orang kena buat cepat.
Bila waktu rehat kat office aku mula mengait.Biar sedikit progressnya dari tiada.

Target middle March nie siap

Friday, February 21, 2014

kopiah dan bag kaitku terbengkalai

Semuanya serba tak menjadi bila aku tiada mood ataupun kemahuan untuk mengait. Bag oder dari Watie Pasir Gudang dah nak sebulan tapi tak siap juga.Setiap kali aku pegang jarum kait dan benang hanya bertahan beberapa minit aje.
Aku kehilangan punca. Apa yang harus aku lakukan.Kalau berterusan begini memang aku terpaksa batalkan semua oder.
Masuk minggu kedua bulan February aku dah nampak perubahan moodku.Bag Watie sudah banyak perubahan.
Alhamdulillah 18February yang lepas siap juga bagnya

Hatiku gembira......lepas ini kopiah Ustazah Hendon perlu aku siapkan. Tuanya sudah bertaya dah siap ke belum. Aku hanya mampu menjawab sedang dalam progress.Aku nekad kena siapkan dalam bulan ini juga.Sudah suku jalan mengait aku terpaksa buka semula kiraanya tak sekata.Memang banyak betul dugaannya.

Aku usaha juga kerana oder dah banyak.Akhirnya 20 February yang lepas beban aku dah berakhir.Syukran.


Selepas ini aku bolehlah menyambil kait kasut Harith. Kasihan anak umi kasutnya tak siap lagi.

Saturday, February 8, 2014

hilang idea untuk mengait

Tetiba aje hilang mood dan idea untuk mengait.
Oder memang banyak tapi idea tak kreatif so memang
takde hasilnya.

Banyak sungguh projek yang terbengkalai
1. handbag oder by Norwati

2. kopiah Ustazah Hendon

3. kasut Harith

Harap minggu depan mood mengait kembali semula