Aku kehilangan punca. Apa yang harus aku lakukan.Kalau berterusan begini memang aku terpaksa batalkan semua oder.
Masuk minggu kedua bulan February aku dah nampak perubahan moodku.Bag Watie sudah banyak perubahan.
Alhamdulillah 18February yang lepas siap juga bagnya
Hatiku gembira......lepas ini kopiah Ustazah Hendon perlu aku siapkan. Tuanya sudah bertaya dah siap ke belum. Aku hanya mampu menjawab sedang dalam progress.Aku nekad kena siapkan dalam bulan ini juga.Sudah suku jalan mengait aku terpaksa buka semula kiraanya tak sekata.Memang banyak betul dugaannya.
Aku usaha juga kerana oder dah banyak.Akhirnya 20 February yang lepas beban aku dah berakhir.Syukran.
Selepas ini aku bolehlah menyambil kait kasut Harith. Kasihan anak umi kasutnya tak siap lagi.
No comments:
Post a Comment