Wednesday, March 19, 2014

Bila dah bosan mengait beg dan bekas botol air

Bila dah kerap sangat mengait beg atau bekas botol air....kebosanan melanda.Kalau berhentu mengait nak sambung kembali memang payah.

Aku mencuba untuk se suatu yang lain.Kasut baby aku tak pernah cuba untuk buat.Pakcik google banyak membantu.
Rumit juga nak buatnya tapi bila dah tau......seronok

Antara kasut baby yang telah  siap aku kait


Lepas ini nak buat topi baby pula....

Thursday, March 13, 2014

bekas botol air aje

March 2014 memang bulan yang mencabar..........Negara dilanda kemarau.
Cuaca yang panas buat kita tidak selesa.

Aku bersyukur....walaupun kemarau melanda tapi idea mengaitku tidak kemarau.......Rezeki aku sentiasa ada.

Masalah utamaku.....semua aku buat sendiri tanpa pembantu....jadi progresnya agak perlahan.Biar perlahan dari tidak gerak langsung.

Minggu kedua bulan March ini aku hanya mampu menyiapkan bekas botol
air itu pun terpaksa buat. Ambil tempahan dah berbulan2 buatnya baru sekarang.

Apa pun alhamdulillah aku berjaya siapkan......

Sunday, March 9, 2014

hand bag untuk anak dan mak dara

Minggu nie aku berazam untuk siapkan 2 bag. Semangat itu perlu untuk aku menjadi rajin.Tapi tak tau mana nak buat dulu yang kecil atau yang besar.
Akhirnya aku buat dua dua serentak. Bila penat berhenti buat yang satu lagi.


Dua dua nampak macam sama tapi tak serupa.Aku nekad minggu nie mesti siap walau ribut taufan datang melanda. Akhirnya siap bila ribut rajin yang menjelma.Bila dah siap happy semacam.


Bila dah siap mood malas datang. Aku biarkan 3 hari terbengkalai tak padang lapik dalamnya.Malam nie aku baru nak buat sebab esok dah janji dengan tuannya.

Bila dah macam nie baru aku kelang kabut nak siapkan

. Padan dengan muka aku......malas memanjang.Berpeluh juga aku nak siapkan ditambah dengan cuaca panas......

Janji perlu aku tunaikan......hasil terakhir menjadi

Sunday, March 2, 2014

hand bag dari hasil mengait.....pink colour

Azam bulan March 2014 nie aku nak siapkan oder yang terbengkalai
Hujung minggu nie aku free so jom mengait.

Bila dah sampai di rumah.......aku tak pasti aku betul betul free atau tidak.
Encik suami dah pergi ke Lumut Perak ada pertandingan IPSC.

Tingal aku dengan bujang cilikku. Step yang pertama aku minta dia hantarkan tempahan kopiah Ustazah Hendon.Selepas maghrib aku dah siapkan semua peralatan perangku.

Sambil melayan bujangku tengok tv tanganku memulakan operasi

Base aku dah mula buat 2 hari lepas......so malam aku just sambung.
Rajin rajinkan tangan mula mengait.
Hasil yang memberangsankan.....macam tak percaya

Hasilnya sehingga jam 3:00 petang nie.......

Happy and syukur dah nak siap