Monday, April 21, 2014

lebihan benang kait yang sayang nak buang

April ini terasa malas sangat nak mengait. Walaupun banyak lagi tempahan yang belum aku siapkan tapi kemalasan mengatasi segalanya.

April ini aku layan novel. Dah terbang lebih seratus ringgit aku beli novel.

Dalam aku sibuk mengikut en. suami menembak di Pertandingan Piala Sultan Iskandar di Kota Tinggi, benang kait aku bawa bersama.

Benang yang aku bawa hanyalah benang lebihan kait yang lama. Nak aku buang terasa sayang. So dengan otak yang tak berapa kreatif di tambah dengan bunyi yang teramat bising( maklumlah pertandingan menembak bunyi peluru yang meletup) aku saja mengait bekas botol air.

Ramai juga penembak dakam dan luar negara tanya apa yang aku buat. Bila orang bertanya dengan sopannya aku terangkan usaha aku.Aku pun tak berapa confident untuk siapkan sarung botol air ini.

Siapa sangka menjelang petang aku dapat hasil yang membanggakan. Sehari aje dah siap

Aku tersenyum bangga bila ramai yang memuji hasil keras tanganku.Bila aku pulang ke rumah dengan sarung ini masalah baru timbul.  Hero kecik aku pun nak sarung macam ini tapi tali nak panjang katanya.



Malas nak banyak  cerita aku pun buatkan juga untuknya. Bergaya dia pergi sekolah dengan sarung yang baru.



Thursday, April 10, 2014

sarung botol air lagi

Start bulan April 2014 ini bulan yang busu buatku.
Banyak sangat aktiviti yang aku nak buat.
Dunia novelku dah tertinggal sekejap. Aku nak mula
kembali......nak cari novel semula dan mulakan membaca srmula.

Mengait masih aku teruskan tetapi kurang sedikit.
Masa agak terbatas sekarang ini. Di pejabat pun aku tidak punya
masa terluang untuk mengait.

Terbatas waktu pun aku sempat siapkan bekas botol air

Wednesday, March 19, 2014

Bila dah bosan mengait beg dan bekas botol air

Bila dah kerap sangat mengait beg atau bekas botol air....kebosanan melanda.Kalau berhentu mengait nak sambung kembali memang payah.

Aku mencuba untuk se suatu yang lain.Kasut baby aku tak pernah cuba untuk buat.Pakcik google banyak membantu.
Rumit juga nak buatnya tapi bila dah tau......seronok

Antara kasut baby yang telah  siap aku kait


Lepas ini nak buat topi baby pula....

Thursday, March 13, 2014

bekas botol air aje

March 2014 memang bulan yang mencabar..........Negara dilanda kemarau.
Cuaca yang panas buat kita tidak selesa.

Aku bersyukur....walaupun kemarau melanda tapi idea mengaitku tidak kemarau.......Rezeki aku sentiasa ada.

Masalah utamaku.....semua aku buat sendiri tanpa pembantu....jadi progresnya agak perlahan.Biar perlahan dari tidak gerak langsung.

Minggu kedua bulan March ini aku hanya mampu menyiapkan bekas botol
air itu pun terpaksa buat. Ambil tempahan dah berbulan2 buatnya baru sekarang.

Apa pun alhamdulillah aku berjaya siapkan......

Sunday, March 9, 2014

hand bag untuk anak dan mak dara

Minggu nie aku berazam untuk siapkan 2 bag. Semangat itu perlu untuk aku menjadi rajin.Tapi tak tau mana nak buat dulu yang kecil atau yang besar.
Akhirnya aku buat dua dua serentak. Bila penat berhenti buat yang satu lagi.


Dua dua nampak macam sama tapi tak serupa.Aku nekad minggu nie mesti siap walau ribut taufan datang melanda. Akhirnya siap bila ribut rajin yang menjelma.Bila dah siap happy semacam.


Bila dah siap mood malas datang. Aku biarkan 3 hari terbengkalai tak padang lapik dalamnya.Malam nie aku baru nak buat sebab esok dah janji dengan tuannya.

Bila dah macam nie baru aku kelang kabut nak siapkan

. Padan dengan muka aku......malas memanjang.Berpeluh juga aku nak siapkan ditambah dengan cuaca panas......

Janji perlu aku tunaikan......hasil terakhir menjadi

Sunday, March 2, 2014

hand bag dari hasil mengait.....pink colour

Azam bulan March 2014 nie aku nak siapkan oder yang terbengkalai
Hujung minggu nie aku free so jom mengait.

Bila dah sampai di rumah.......aku tak pasti aku betul betul free atau tidak.
Encik suami dah pergi ke Lumut Perak ada pertandingan IPSC.

Tingal aku dengan bujang cilikku. Step yang pertama aku minta dia hantarkan tempahan kopiah Ustazah Hendon.Selepas maghrib aku dah siapkan semua peralatan perangku.

Sambil melayan bujangku tengok tv tanganku memulakan operasi

Base aku dah mula buat 2 hari lepas......so malam aku just sambung.
Rajin rajinkan tangan mula mengait.
Hasil yang memberangsankan.....macam tak percaya

Hasilnya sehingga jam 3:00 petang nie.......

Happy and syukur dah nak siap

Friday, February 28, 2014

beg kait oh...beg kait

Bila dah siap tempahan yang lama.....banyak pula tempahan yang baru muncul.Aku terpaksa buat listing FIFO

Aku kena mulakan projek beg untuk Mahani secepat mungkin sebelum mood rajinku hilang entah kemana.
Benang telah habis so langkah pertama cari benang. Banyak stock benang yang aku beli hampir RM100 juga aku belanjakan
Warna pink dan purple...........

Walaupun perasaan malas tu ada tapi aky abaikan aje.Setkan dalam minda oder untuk orang kena buat cepat.
Bila waktu rehat kat office aku mula mengait.Biar sedikit progressnya dari tiada.

Target middle March nie siap

Friday, February 21, 2014

kopiah dan bag kaitku terbengkalai

Semuanya serba tak menjadi bila aku tiada mood ataupun kemahuan untuk mengait. Bag oder dari Watie Pasir Gudang dah nak sebulan tapi tak siap juga.Setiap kali aku pegang jarum kait dan benang hanya bertahan beberapa minit aje.
Aku kehilangan punca. Apa yang harus aku lakukan.Kalau berterusan begini memang aku terpaksa batalkan semua oder.
Masuk minggu kedua bulan February aku dah nampak perubahan moodku.Bag Watie sudah banyak perubahan.
Alhamdulillah 18February yang lepas siap juga bagnya

Hatiku gembira......lepas ini kopiah Ustazah Hendon perlu aku siapkan. Tuanya sudah bertaya dah siap ke belum. Aku hanya mampu menjawab sedang dalam progress.Aku nekad kena siapkan dalam bulan ini juga.Sudah suku jalan mengait aku terpaksa buka semula kiraanya tak sekata.Memang banyak betul dugaannya.

Aku usaha juga kerana oder dah banyak.Akhirnya 20 February yang lepas beban aku dah berakhir.Syukran.


Selepas ini aku bolehlah menyambil kait kasut Harith. Kasihan anak umi kasutnya tak siap lagi.

Saturday, February 8, 2014

hilang idea untuk mengait

Tetiba aje hilang mood dan idea untuk mengait.
Oder memang banyak tapi idea tak kreatif so memang
takde hasilnya.

Banyak sungguh projek yang terbengkalai
1. handbag oder by Norwati

2. kopiah Ustazah Hendon

3. kasut Harith

Harap minggu depan mood mengait kembali semula

Monday, January 27, 2014

bekas botol air kait

Bila dah mula mengait, segala aktiviti yang lain aku tinggalkan.
Novel aku simpan dulu.

Projek baru bila tangan terlebih kreatif kononnya.
Bekas botol air.
Pada mulanya beku juga otak nak olah untuk jadikan bekas air.

Akhirnya siap yang pertama......itupun aku tak gunakan. Adik ipar yang dapat

Bila dah siap satu semangatnya berkobar kobar nak buat lagi.
Ramai kawan office yang oder. So aku buat aje warna ikut customer.

Antara koleksi bekas botol air yang berjaya aku siapkan












Tuesday, January 21, 2014

Bullet bag

Hari nie siap delivery bag ke Pasir Gudang. Terina kasih Md Shah kerana sudi hantarkan bag aje tau........jangan fikir yang lain.

Sebelum aku kemaruk mengait hand bag, projek kedua selepas hand bag aku buat porch bag....

Bila dah siap porch bag nie sang suami tercinta buat special request.
" Yang kalau buat bag untuk isi peluru boleh tak?". Aku kata ok aku try.
Tapi pening juga nak olah. 

Benang terbiar ada so buat aje apa yang termampu. Hasilnya buat Sang Suami tersenyum

Selepas tu takde lagi uncang lain yang dia guna hanya bullet bag nie aje. Sehingga semasa Iskandar Shoot Level 3 2013,shooter dari Philipine tanya beli kat mana. Bangga aku rasa bila Sang Suami tercinta kata "my wife do it for me".

Lepas tu ramai member dia yanf nak oder tapi aku tak layan. Aku hanya buat 3 pcs bullet bag nie. Warna oren untuk En. Little Murai dan colouring untuk Pn. Masniza

Monday, January 20, 2014

hand bag kait dwi warna

Aku dah semakin rajin menulis dalam blog nie.......Tapi banyak yg kena belajar lagi.

Aktiviti mengait masih aku teruskan.Banyak juga handbag yang telah siap aku kait.Aku dah melangkah 1 step ahead.

Penggunaan benang aku gabungkan dua warna. Seronok bermain dengan warna tapi kena kreatif. Aku buat ikut naluri biar orang nak kata apa yang penting aku puas.......




Semua hand bag nie dah ada tuannya.
Latest yang berjaya aku kait 2 one time.......esok nak hantar kat tuannya

Lepas nie aku akan updatekan bullet bag punya cerita

Saturday, January 18, 2014

Aku mula mengait kembali setelah menampakkan hasil.
Dari patern yang sedia ada kepada mengikut naluri sendiri.
Kepuasannya tak dapat digambarkan.

Antara koleksi hand bag kaitku....

















Monday, January 13, 2014

Dah terlalu lama aku tinggalkan dunia mengait.Lebih 10 tahun. Bila anak dah besar minat tu datang semula.Bila melihat benang kait yg terbengkalai mula terasa sayang.

Aidil Adha 2012 bermula segalanya.Pulang daru gotong royong korban dari surau tamanku aku cuba mengait semula. Kekoknya hanya Allah saja yang tahu.

Habis semua buku panduan mengait aku selongkar.

Hasilnya setelah lebih sebulan aku bertungkuslumus.